Sejarah Kampung Mengkasar

Pekan merupakan sebuah daerah dan Bandar di Raja di Negeri Pahang. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang. Pekan Bandar di Raja merupakan tempat bersemayam Sultan dan kerabat di Raja Pahang serta pusat pentadbiran negeri sejak dahulu lagi.

Daerah Pekan merangkumi 11 buah mukim iaitu Mukim Pekan, Mukim Kuala Pahang, Mukim Pahang Tua, Mukim Pulau Rusa, Mukim Langgar, Mukim Ganchong, Mukim Temai, Mukim Pulau Manis, Mukim Lepar, Mukim Penyor dan Mukim Bebar. Kampung Mengkasar berada di bawah Mukim Pekan 2.
                                                                                         

Sejarah Pembukaan Kampung Mengkasar


Kampung Mengkasar merupakan salah sebuah perkampungan yang tertua di Daerah Pekan. Berdasarkan sejarah, terdapat orang Bugis dan Acheh menetap di sini. Pada tahun 1722, Tok Uban atau Kraeng Aji yang bernama Kraeng Agang Jene Muhammad Naziruddin, atau lebih dikenali sebagai Tok Tuan berketurunan Bugis telah membuka sebuah kampong yang bernama Mengkasar bersempena nama tempat asalnya di Bugis. Dari keturunan Bugis inilah bermulanya asal-usul keturunan “Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang’ iaitu keturunan Allahyarham Tun Abdul Razak. Tenunan sutera Pahang juga telah diperkenalkan oleh Tok Tuan. Bukti kehadiran Bugis dengan kewujudan Makam Chondong di mana ia merupakan makam Bonda Iskandar Thani yang mana batu nisan itu sendiri di bawa dari Acheh.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Sejarah di Kampung Mengkasar Pekan, Pahang

Sejarah Ketua Kampung Mengkasar