Apa yang ada di Kampung Mengkasar

Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan) juga berada di dalam kawasan Kampung Mengkasar, Pekan, merupakan sekolah berasrama penuh yang pertama di Bandar Pekan.

Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham KDYMM Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Pahang. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan. Perletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang. Sekolah ini juga pernah direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara.

1 Mac, 1989 merupakan tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 pelajar tingkatan 1. Pada 21 Oktober, 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.


Masjid Besar Daerah Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj terletak di Kampung Mengkasar, Pekan merupakan masjid Daerah Pekan. Masjid ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 21 Oktober, 2011, dan diberikan bersempena nama baginda.


Hospital Daerah Pekan





Pantun oleh Pak Zek


Budayawan Pahang, Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam atau dikenali dengan nama Pak Zek pernah menghasilkan pelbagai genre sastera, termasuk cerita rakyat, syair, pantun, malah beliau pernah menghasilkan cerita pendek. Pantun yang beliau hasilkan meliputi pelbagai tema. Pantun yang disusun dlaam koleksi ini adalah menggunakan nama-nama tempat atau kampong yang tidak wujud lagi kerana dilanda pembangunan dan sebab-sebab lain. Di bawah ini merupakan dua rangkap pantun berkaitan dengan Kampung Mengkasar:

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Kampung Mengkasar

Tempat Sejarah di Kampung Mengkasar Pekan, Pahang

Sejarah Ketua Kampung Mengkasar