Sejarah Tenun Pahang Di raja
Sejarah
Tenun Pahang di Raja
Tenun Pahang merupakan tenunan yang masih kekal sehingga
kini dan masih diminati ramai. Sutera tenunan Pahang berasal dari orang-orang
Melayu berketurunan Bugis. Tok Tuan Kraeng Aji merupakan pelopor tenun Pahang,
rekacorak baru dalam pemakaian kain sarung dank kain samping. Beliau
berpengetahuan dalam tenunan sutera dan seni berkarya pada fabrik halus dan
pakaian. Beliau mengajar dan membimbing anak buahnya dan suri rumah cara
membuat kain tenun. Beberapa kaedah menyediakan peralatan dan cara memproses
dari mewarna sutera mentah, mengubung, menerau dan menorak serat sutera sehingga tercipta dan menghasilkan fabrik
tenunan dengan pelbagai hasil ciptaan
corak dan rekabentuk yang berkualiti tinggi dan bermutu. Hasil dari pembawakan
seni tenunan ini ke Kampung Mengkasar, maka ianya dapat memberi dan menjadikan
sumber pendapatan kepada penduduk setempat. Dengan hasil ajaran Tok Tuan maka
seni tenunan ini masih ada sehingga kini dan hanya seorang waris keturunan Tok
Tuan yang mewarisi seni ini yang dikenali sebagai Kak Tipah (Nortipah binti
Abdul Kadir) merupakan Adiguru Tenun Pahang di Raja.
Kewujudan fabrik tenunan asli di Pahang khususnya
dan di Semenanjung Tanah Melayu umumnya diperkuatkan lagi oleh T.J. Newbold
dalam bukunya yang menyatakan:
“Bahawa ada seorang berbangsa Inggeris bernama
Gray, telah menjualkan satu tong sutera mentah yang sudah rosak akibat air
hujan. Harga bagi satu tong sutera mentah itu ialah RM305.’
Adanya catatan sedemikian oleh kedua-dua penulis
Inggeris itu membuktikan bahawa fabrik tenunan tradisi orang Melayu
sesungguhnya menarik perhatian kerana mempunyai nilai tersendiri. Secara tidak
langsung Inggeris yang pada masa itu cukup berpengaruh dalam pentadbiran
Semenanjung Tanah Melayu turut berperanan memajukan perusahaan menenun sutera
menjadi suatu industri yang lebih menguntungkan rakyat setempat.
Comments
Post a Comment