Tokoh Kelahiran Kampung Mengkasar

Tokoh Kelahiran Kampung Mengkasar

Kadi Besar Pahang

1.            Allahyarham Haji Daud bin Zainal Abidin,
Merupakan Kadi Besar Pahang ketiga yang dilantik pada tahun 1930. Beliau dilahirkan pada tahun 1876 di Kampung Mengkasar dan mendapat pendidikan agam dari alim ulama yang ada di Pekan ketika itu seperti Haji Motok dan Mufti Habib Mohd Amin. Pada tahun 1933, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Anggota Islam Pahang yakni sebuah badan yang ditugaskan bagi meyelaraskan kegiatan kutipan zakat dan pengagihannya kepada yang berhak menerima zakat.

2.            Allahyarham Haji Mohd Osman bin Haji Daud
Dilahirkan di Kampung Mengkasar pada tahun 1905, merupakan Kadi Besar Pahang keempat. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bandar Pekan. Pada tahun 1934, beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah sehingga tahun 1940. Beliau dilantik menjadi Kadi Besar Pahang pada tahun 1953 sehingga tahun 1960.


Tokoh Politik

1.            Allahyarham Jamaluddin Jarjis
Dilahirkan di Kampung Sungai Mat Dulang, Kampung Mengkasar pada 25 Mei, 1951. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung ke Sekolah Menengah Ahmad, Pekan pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1974.

Karier politik YB Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar. Sepanjang penglibatan beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Belaiu dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau juga menjayakan projek Angkasawan Malaysia pada tahun 2007 dengan kerjasama kerajaan Rusia. Pada 2009, beliau menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Kampung Mengkasar

Tempat Sejarah di Kampung Mengkasar Pekan, Pahang

Sejarah Ketua Kampung Mengkasar