Posts

Showing posts from April, 2017

Sejarah Ketua Kampung Mengkasar

SEJARAH KETUA KAMPUNG MENGKASAR DAN KAWASAN PEMERINTAHAN 1.          ABDUL RAHMAN BIN                     -              berasal dari Kampung Mengkasar SULAIMAN                                          -              berkhidmat dalam tempoh 5 tahun 2.            TN HAJI ALI                                ...

Apa yang ada di Kampung Mengkasar

Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan) juga berada di dalam kawasan Kampung Mengkasar, Pekan, merupakan sekolah berasrama penuh yang pertama di Bandar Pekan. Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham KDYMM Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Pahang. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan. Perletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang. Sekolah ini juga pernah direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara. 1 Mac, 1989 merupakan tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 pelajar tingkatan 1. Pada 21 Oktober, 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang dalam ...

Tokoh Kelahiran Kampung Mengkasar

Tokoh Kelahiran Kampung Mengkasar Kadi Besar Pahang 1.            Allahyarham Haji Daud bin Zainal Abidin, Merupakan Kadi Besar Pahang ketiga yang dilantik pada tahun 1930. Beliau dilahirkan pada tahun 1876 di Kampung Mengkasar dan mendapat pendidikan agam dari alim ulama yang ada di Pekan ketika itu seperti Haji Motok dan Mufti Habib Mohd Amin. Pada tahun 1933, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Anggota Islam Pahang yakni sebuah badan yang ditugaskan bagi meyelaraskan kegiatan kutipan zakat dan pengagihannya kepada yang berhak menerima zakat. 2.            Allahyarham Haji Mohd Osman bin Haji Daud Dilahirkan di Kampung Mengkasar pada tahun 1905, merupakan Kadi Besar Pahang keempat. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bandar Pekan. Pada tahun 1934, beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah sehingga tahun 1940. Beliau dilantik menjadi Kadi Besar Pahang pada...

Tempat Sejarah di Kampung Mengkasar Pekan, Pahang

Tempat Sejarah di Kampung Mengkasar Makam Ziarat Raja Raden Makam Ziarat Raja Raden dilihat agak penting dalam sejarah dan kebudayaan Islam di Pahang. Antara yang dimakamkan di sini adalah Raja Fatimah puteri kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka ketujuh (1477-1488 Masihi). Raja Fatimah adalah isteri kepada Sultan Abdul Jalil (Jamil). Tarikh batu nisan Raja Fatimah bertulis 15 Syawal 900 Hijrah bersamaan 7 Julai, 1495 Masihi. Sultan Abdul Jalil (Jamil) Sultan Pahang ketiga, merupakan putera Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang pertama (mangkat pada 1475 Masihi). Sultan Melaka, Sultan Mahmud telah menghantar orang besar baginda yang bergelar Seri Dewa Raja pergi ke Pahang meraja dan menobatkan Sultan Abdul Jamil Shah sebagai Sultan Pahang. Sultan Abdul Jamil berkahwin dengan Raja Fatimah sepupu baginda dan kakak kepada Sultan Mahmud. Pada masa Sultan Mahmud Shah di Pahang (tahun 1511-1512) Sultan Abdul Jamil mangkat pada 917 Hijrah bersamaan 1511 Masihi dan tur...

Sejarah Tenun Pahang Di raja

Sejarah Tenun Pahang di Raja Tenun Pahang merupakan tenunan yang masih kekal sehingga kini dan masih diminati ramai. Sutera tenunan Pahang berasal dari orang-orang Melayu berketurunan Bugis. Tok Tuan Kraeng Aji merupakan pelopor tenun Pahang, rekacorak baru dalam pemakaian kain sarung dank kain samping. Beliau berpengetahuan dalam tenunan sutera dan seni berkarya pada fabrik halus dan pakaian. Beliau mengajar dan membimbing anak buahnya dan suri rumah cara membuat kain tenun. Beberapa kaedah menyediakan peralatan dan cara memproses dari mewarna sutera mentah, mengubung, menerau dan menorak serat sutera  sehingga tercipta dan menghasilkan fabrik tenunan  dengan pelbagai hasil ciptaan corak dan rekabentuk yang berkualiti tinggi dan bermutu. Hasil dari pembawakan seni tenunan ini ke Kampung Mengkasar, maka ianya dapat memberi dan menjadikan sumber pendapatan kepada penduduk setempat. Dengan hasil ajaran Tok Tuan maka seni tenunan ini masih ada sehingga kini dan hanya seorang...

Sejarah Kampung Mengkasar

Image
Pekan merupakan sebuah daerah dan Bandar di Raja di Negeri Pahang. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang. Pekan Bandar di Raja merupakan tempat bersemayam Sultan dan kerabat di Raja Pahang serta pusat pentadbiran negeri sejak dahulu lagi. Daerah Pekan merangkumi 11 buah mukim iaitu Mukim Pekan, Mukim Kuala Pahang, Mukim Pahang Tua, Mukim Pulau Rusa, Mukim Langgar, Mukim Ganchong, Mukim Temai, Mukim Pulau Manis, Mukim Lepar, Mukim Penyor dan Mukim Bebar. Kampung Mengkasar berada di bawah Mukim Pekan 2.                                                                 ...